Monday, 19 August 2013

1.0 PENDAHULUAN

Untuk sekian lama sekolah-sekolah agama rakyat telah memainkan peranan yang sangat bermakna dalam mengekalkan Islam sebagai jati diri umat. Sekolah seperti Maahad At Taufiqiah Al Diniah Behrang (MTDB) ini telah berperanan membina sejumlah manusia yang menjadi elemen teras bagi mempertahankan kehidupan Islam di tengah-tengah masyarakat yang pelbagai cabaran dan rintangan.

Justeru bagi merealisasikan hasrat dan cita-cita yang murni sedemikian, perlu usaha-usaha dan sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat untuk membangunkan institusi rakyat seperti MTDB ini.

No comments:

Post a Comment